Friday 3 June 2011

10 Kemalangan Paling Mahal Dalam Sejarah Manusia

Di bawah nie adalah senarai kemalangan2 yang mengejutkan masyarakat dunia dan melibatkan paling banyak kos (kos pembinaan, kos siasatan, kos baik pulih dan sebagainya. Jom kita tengok dan tambahkan ilmu...

#10 Titanic $150 Juta
Mustahil la korang x tau tentang kemalangan kapal paling mewah pada zaman tue. Pada 15 April 1912, Kapal Titanic telah berlanggar dengan sebuah Iceberg yang mengakibatkan lebih 1,500 mangsa menjadi korban kebanyakannya akibat kesejukan. Kapal Titanic menelan belanja $ 7 juta untuk dibina (lebih kurang $150 juta pada zaman nie) 




#9 Kemalangan lori tangki di atas jambatan di Autobahn $358 Juta
Pada 26 Ogos 2004, sebuah kereta telah berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32,00 liter petrol di Wiehltal Bridge German. Lori tangki tersebut telah berlanggar dengan penghadang jalan dan menjunam 90 kaki ke bawah lebuhraya A4 Autobahn. Kos pembaikan sementara adalah $40 juta dan kos untuk membina semula jambatan yang rosak adalah $318 juta.



#8 Kemalangan MetroLink
Pada 12 September 2008 telah berlakunya kemalangan kereta api paling teruk dalam sejarah California yang melibatkan 25 kematian. Kereta api tersebut telah berlanggar dengan sebuah kereta api barang Union Pacific. Kemalangan disebabkan pemandu kereta api tersebut tidak perasan lampu merah kerana sibuk bermesej. Walaupun hanya melibatkan 25 kematian, tetapi syarikat tersebut berdepan saman mencecah $500 juta daripada mangsa2 yang terlibat.



#7 Kemalangan B-2 Bomber $1.4 Bilion
B-2 Bomber adlah sebuah pesawat pengebom anti radar yang telah terhempas pada 23 Februari 2008. Kemalangan disebabkan gangguan pada sistem pemanduan yang membuatkan pesawat hilang kawalan (siasatan mengatakan sistem komputer masuk air dan short circuit) dan menjunam ke tanah. Walau bagaimanapun kedua-dua jurutebang berjaya menyelamatkan diri dengan kerusi keselamatan. Hanya terdapat 21 pesawat jenis ni di dunia kerana kosnya yang mahal.



#6 Kebocoran minyak Exxon Valdez $2.5 Billion
Pada 24 March 1989, sebanyak 10.8 juta gelen minyak telah tertumpah ke laut apabila kapal tangki 
tersebut hilang kawalan dan merempuh batu karang. Kos pembersihan melibatkan $2.5 Billion oleh syarikat Exxon. 


#5 Pelantar Minyak Piper Alpha
Ia adalah tragedi pelantar minyak paling dashyat, pada 6 Julai 1988 sewaktu menjalankan rutin baikpulih, 100 injap keselamatan diperiksa bagi memastikan tiada gas berbahaya terhasil di pelantar tersebut. Malangnya juruteknik terbabit terlupa memasang 1 daripda injap tersebut, maka pada pukul 10 malam tersebut sewaktu pekerja menekan suis "start" terjadilah letupan besar. Dalam masa 2 jam 300 platform dijilat api dan runtuh menyebabkan 167 pekerja terkorban. Kos kerosakan adalah $3.4 billion. 



#4 Letupan Challenger $5.5 Billion
Kapal angkasa Challenger musnah selepas 73 saat berlepas pada 28 januari 1986 kerana kegagalan O-ring (sistem yang melepaskan tekanan ke luar) menyebabkan cecair Hidrogen meletup. Kos untuk menggantikan kapal angkasa baru adalah $4.5 billion, kos siasatan dan menggantikan alatan yang rosak adalah $1 billion 



#3 Tumpahan Minyak Kapal Prestige $12 Billion
Pada 13 November 2002, Kapal Tangki Prestige sedang membawa 77,000 tan minyak apabila salah satu tangkinya meletup akibat ribut di Galicia, Sepanyol. Menyedari kapalnya mungkin akan tenggelam, kapten kapal meminta bantuan daripada penyelamat dari Sepanyol meminta kapal ditarik ke pelabuhan terdekat. Walau bagaimanapun, tekanan dari kerajaan setempat memaksa kapal tu berpatah balik. Kapten kapal cuba meminta bantuan daripda kerajan Perancis dan Portugal tetapi dia disuruh menjauhi kawasan pantai. Satu lagi ribut melanda menyebabkan kapal tersebut putus 2 dan 20 juta liter minyak tumpah ke laut. Kos membersihkan tumpahan minyak tersebut mencecah $ 12 Billion.



#2 Kapal Angkasa Columbia $13 Billion
Pada 1 Februari 2003, kapal angkasa Columbia meletup ketika memasuki ruang angkasa Texas kerana 1 lubang telah terbentuk di sayap sewaktu berlepas 16 hari sebelumnya. Kos pembinaan kapal angkasa tersebut pada tahun 1978 adalah $2 Billion ($6.3 Billion mengikut harga sekarang). Kos sebanyak $500 juta diperlukan untuk menyiasat punca kemalangan, kos siasatan melibatkan pesawat udara paling tinggi dalam sejarah. Kos mencari serpihan2 kapal angkasa tersebut $ 300 juta. NASA menganggarkan sebanyak $13 billion melibatkan kos keseluruhan.



#1 Letupan Loji Nuklear Chernobyl $200 Billion
Pada tahun 1986, dunia menyaksikan letupan loji nuklear paling tragik dalam sejarah. Tragedi tersebut melibatkan banyak kesan kepada sosio-ekonomi masyarakat. 50% kawasan negara Ukraine terjejas teruk. 200,000 penduduk dipindah kan ke tempat selamat manakala 1.7 juta penduduk terdedah kepada radiasi secara terus. Jumlah kematian mencecah 125,000 termasuk penduduk yang terkena kanser. Kos melibatkan pembersihan, pemuliharaan dan pampasan kepada mangsa mencecah $ 200 billion.



Sebab tu korang tengok Jepun sedaya upaya membaik pulih loji Nuklear kat Fukushima. Kalo meletup lagi, jadi sejarah baru la dunia nie.

Sumber: http://www.budakbotak.com/2011/05/kemalangan2-paling-mahal-dalam-sejarah.html#ixzz1OCV9ZAwr

No comments:

Post a Comment