Friday 3 June 2011

Pesawat Pemadam Kebakaran Terbesar Di Dunia

Inilah pesawat pemadam kebakaran Terbesar Di Dunia - Evergreen Supertanker, pesawat pemadam kebakaran terbesar di dunia ini dibuat dari Boeing 747. Evergreen memiliki ruang untuk tangki hingga 24,000 galon (94,850 l), dan dapat memadamkan 105,000 hectar kebakaran.











Sumber: http://www.budakbotak.com/2010/11/pesawat-pemadam-kebakaran-terbesar-di.html#ixzz1OCVg4vYd

10 Kemalangan Paling Mahal Dalam Sejarah Manusia

Di bawah nie adalah senarai kemalangan2 yang mengejutkan masyarakat dunia dan melibatkan paling banyak kos (kos pembinaan, kos siasatan, kos baik pulih dan sebagainya. Jom kita tengok dan tambahkan ilmu...

#10 Titanic $150 Juta
Mustahil la korang x tau tentang kemalangan kapal paling mewah pada zaman tue. Pada 15 April 1912, Kapal Titanic telah berlanggar dengan sebuah Iceberg yang mengakibatkan lebih 1,500 mangsa menjadi korban kebanyakannya akibat kesejukan. Kapal Titanic menelan belanja $ 7 juta untuk dibina (lebih kurang $150 juta pada zaman nie) 




#9 Kemalangan lori tangki di atas jambatan di Autobahn $358 Juta
Pada 26 Ogos 2004, sebuah kereta telah berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32,00 liter petrol di Wiehltal Bridge German. Lori tangki tersebut telah berlanggar dengan penghadang jalan dan menjunam 90 kaki ke bawah lebuhraya A4 Autobahn. Kos pembaikan sementara adalah $40 juta dan kos untuk membina semula jambatan yang rosak adalah $318 juta.



#8 Kemalangan MetroLink
Pada 12 September 2008 telah berlakunya kemalangan kereta api paling teruk dalam sejarah California yang melibatkan 25 kematian. Kereta api tersebut telah berlanggar dengan sebuah kereta api barang Union Pacific. Kemalangan disebabkan pemandu kereta api tersebut tidak perasan lampu merah kerana sibuk bermesej. Walaupun hanya melibatkan 25 kematian, tetapi syarikat tersebut berdepan saman mencecah $500 juta daripada mangsa2 yang terlibat.



#7 Kemalangan B-2 Bomber $1.4 Bilion
B-2 Bomber adlah sebuah pesawat pengebom anti radar yang telah terhempas pada 23 Februari 2008. Kemalangan disebabkan gangguan pada sistem pemanduan yang membuatkan pesawat hilang kawalan (siasatan mengatakan sistem komputer masuk air dan short circuit) dan menjunam ke tanah. Walau bagaimanapun kedua-dua jurutebang berjaya menyelamatkan diri dengan kerusi keselamatan. Hanya terdapat 21 pesawat jenis ni di dunia kerana kosnya yang mahal.



#6 Kebocoran minyak Exxon Valdez $2.5 Billion
Pada 24 March 1989, sebanyak 10.8 juta gelen minyak telah tertumpah ke laut apabila kapal tangki 
tersebut hilang kawalan dan merempuh batu karang. Kos pembersihan melibatkan $2.5 Billion oleh syarikat Exxon. 


#5 Pelantar Minyak Piper Alpha
Ia adalah tragedi pelantar minyak paling dashyat, pada 6 Julai 1988 sewaktu menjalankan rutin baikpulih, 100 injap keselamatan diperiksa bagi memastikan tiada gas berbahaya terhasil di pelantar tersebut. Malangnya juruteknik terbabit terlupa memasang 1 daripda injap tersebut, maka pada pukul 10 malam tersebut sewaktu pekerja menekan suis "start" terjadilah letupan besar. Dalam masa 2 jam 300 platform dijilat api dan runtuh menyebabkan 167 pekerja terkorban. Kos kerosakan adalah $3.4 billion. 



#4 Letupan Challenger $5.5 Billion
Kapal angkasa Challenger musnah selepas 73 saat berlepas pada 28 januari 1986 kerana kegagalan O-ring (sistem yang melepaskan tekanan ke luar) menyebabkan cecair Hidrogen meletup. Kos untuk menggantikan kapal angkasa baru adalah $4.5 billion, kos siasatan dan menggantikan alatan yang rosak adalah $1 billion 



#3 Tumpahan Minyak Kapal Prestige $12 Billion
Pada 13 November 2002, Kapal Tangki Prestige sedang membawa 77,000 tan minyak apabila salah satu tangkinya meletup akibat ribut di Galicia, Sepanyol. Menyedari kapalnya mungkin akan tenggelam, kapten kapal meminta bantuan daripada penyelamat dari Sepanyol meminta kapal ditarik ke pelabuhan terdekat. Walau bagaimanapun, tekanan dari kerajaan setempat memaksa kapal tu berpatah balik. Kapten kapal cuba meminta bantuan daripda kerajan Perancis dan Portugal tetapi dia disuruh menjauhi kawasan pantai. Satu lagi ribut melanda menyebabkan kapal tersebut putus 2 dan 20 juta liter minyak tumpah ke laut. Kos membersihkan tumpahan minyak tersebut mencecah $ 12 Billion.



#2 Kapal Angkasa Columbia $13 Billion
Pada 1 Februari 2003, kapal angkasa Columbia meletup ketika memasuki ruang angkasa Texas kerana 1 lubang telah terbentuk di sayap sewaktu berlepas 16 hari sebelumnya. Kos pembinaan kapal angkasa tersebut pada tahun 1978 adalah $2 Billion ($6.3 Billion mengikut harga sekarang). Kos sebanyak $500 juta diperlukan untuk menyiasat punca kemalangan, kos siasatan melibatkan pesawat udara paling tinggi dalam sejarah. Kos mencari serpihan2 kapal angkasa tersebut $ 300 juta. NASA menganggarkan sebanyak $13 billion melibatkan kos keseluruhan.



#1 Letupan Loji Nuklear Chernobyl $200 Billion
Pada tahun 1986, dunia menyaksikan letupan loji nuklear paling tragik dalam sejarah. Tragedi tersebut melibatkan banyak kesan kepada sosio-ekonomi masyarakat. 50% kawasan negara Ukraine terjejas teruk. 200,000 penduduk dipindah kan ke tempat selamat manakala 1.7 juta penduduk terdedah kepada radiasi secara terus. Jumlah kematian mencecah 125,000 termasuk penduduk yang terkena kanser. Kos melibatkan pembersihan, pemuliharaan dan pampasan kepada mangsa mencecah $ 200 billion.



Sebab tu korang tengok Jepun sedaya upaya membaik pulih loji Nuklear kat Fukushima. Kalo meletup lagi, jadi sejarah baru la dunia nie.

Sumber: http://www.budakbotak.com/2011/05/kemalangan2-paling-mahal-dalam-sejarah.html#ixzz1OCV9ZAwr

Thursday 2 June 2011

Fakta2 Menarik Di Sekeliling Kita Bahagian

Mari menambah ilmu lagi, he3. Jom kita lihat fakta2 menarik di sekeliling kita. 



*Untuk fakta pertama Ibu Alexander pekak adalah benar, boleh tanya En Google sendiri.

*Pencipta telefon, Alexander Graham Bell, tidak pernah menelefon isteri dan ibunya sendiri kerana mereka pekak!


*Karya Pablo Picasso sangat tinggi harganya? Tp pada semasa hidupnya, dia sangat miskin sehingga dia sering membuat lukisannya sebagai kayu bakar.


*Kerana putaran bumi, sebuah benda akan lebih jauh bila dilempar ke arah barat


*Di India, manusia secara sah boleh menikahi anjing


*Di abad 16 dan 17 di Turki, minum kopi adalah hal yang melanggar hukum dan boleh dihukuman mati


*Gorila memukul-mukul dadanya kerana gelisah


*Rekod pembunuhan kedua terbanyak dipegang oleh wanita bernama Countess Elisabeth Bathory- Hungaria (650 mangsa!)
>>Rekod pertama dipegang oleh Behram yg membunuh 931 mangsa!!


*Setiap manusia dalam hidupnya rata2 menunggu selama 2 minggu di lampu merah


*Botol/tempat makanan plastik baru hancur setelah 50,000 tahun.


*Pada permukaan satu bola golf secara rasmi ada 336 lubang2 kecil.


*Trend bunuh diri Harakiri di Jepun dipopularkan oleh Kiyoko Matsumoto pada tahun 1933. Setelah dia bunuh diri dengan melompat ke kawah gunung berapi, trend ini diikuti oleh 300 anak muda beberapa bulan selepas itu.


*Jika anda kentut secara terus menerus selama 6 tahun dan 9 bulan, anda akan keluarkan gas yang cukup untuk menciptakan tenaga yang diperlukan untuk sebuah bom atom!


*Penjaga pantai paling hampeh ialah Lorenzo Trippi dari Ravenna, yang membuat 3 orang meninggal dunia dengan cara melemparkan pelampung penyelamat tepat di kepala para mangsa lemas.


*Morihei Ueshiba, pencipta aikido, pernah menakluki dunia sumo dengan menekan lawannya sehingga tak berdaya di lantai hanya menggunakan 1 jarinya!!


*Pada zaman mesir kuno dulu, membunuh kucing boleh dihukum mati


*Di Kentucky, AS, anda dianggap melanggar undang-undang jika membawa ais krim di saku baju anda.


*Ejakulasi lelaki berkelajuaan 44KM/jam.


*Ada 9 juta org lain yang sama menyambut ulang tahun dengan anda.


*Laut yang airnya paling jernih di bumi terdapat di laut Weddell, yang terletak di luar pantai Antartika, Kutub Selatan

Sumber: http://www.budakbotak.com/2010/12/fakta2-menarik-di-sekeliling-kita.html#ixzz1OBG4XlVY

10 Website Untuk Tengok TV Percuma

Dengan kemajuan teknologi sekarang, rancangan2 menarik di Tv bukan saja boleh ditonton di peti televisyen korang, tapi juga di internet. Bukan saja boleh ditonton bila kita byk masa terluang, he3 yg bestnya kita dapat ulang2 tayang kalo cerita tu menarik minat kita.

Jom kita tgk laman2 web yg kita boleh tgk video online.

1) Picrap
Website nie hosting lebih 1000 video seperti Lost, Gossip Girl, House, Dexter, Heroes dan byk lagi. Tapi buat masa ni diorg tgh upgrade website diorg.



2) Hulu
Hulu adalah salah 1 website rancangan tv yg popular, dimana kebanyakan rancangan popular ada kat situ. Walupon sebenarnya hanya utk penduduk US, tapi ada trick yg boleh membuatkan korang tgk jgk. 


3) SideReel
Website ni menyimpan lebih 500 rancangan2 popular yg disusun dgn kemas secara Alphabet.


4) ABC
ABC adalah website yg memaparkan video2 dalam kualiti tinggi. Terdapat rancangan menarik seperti Lost, Desperate Housewives, Ugly Betty dan byk lagi.


5) Inturpo
Inturpo adalah salah satu website untuk menonton Tv secara percuma. Sign up x diperlukan, korang bleh trus tgk rancangan kesukaan korang.


6) TV Show 7
Website ni hosting byk rancangan2 menarik walaupun kualiti video x berapa bagus. Disini kita boleh tonton kesemua rancangan yg popular, hanya perlu pilih ja apa yg korang suka.


7) Project-Free TV
Di website nie, kita boleh jumpa byk2 rancangan Tv popular termasuk movie2 terbaru. Korang juga boleh donlod dgn bantuan eMule. Rancangan2 yg ada kat sini adalah seperti True Blood, How I Met Your Mother, The big bang theory, The Simpsons, Gossip Girl dan byk lagi.


8) FreeTVOnline
Website nie menghimpunkan dokumentari, kartun, rancangan TV, movie dan juga rancagan Tv secara live. Apa yg korang perlu buat adalah install blinkx Remote Toolbar secara percuma, pastu korang bleh cari video2 kegemaran korang.


9) YouTube
Ha3, yg nie mustahil korang xtau, tah2 korang masuk tiap2 hari. Di website nie, pengguna2 dapat upload video2 yg best2 pastu kita tgk la. Mmg banyak video2 kat sini, tengok 1 hari pon x abis.


10) Tonton.com.my
Untuk korang yg suka rancangan2 tempatan, website nie mmg diciptakan utk korang. Banyak rancangan2 tv di Tv3, Ntv7, Tv9 akan diulang kat sini. Korang terlepas rancangan Mentor5 kat tv? Jgn isau, korang bleh tgk kat tonton.com.my nie


P/s: X digalakkan kalo korang pakai bropadband utk tgk video2 online, cepat lah bandwitdh korang abis

Sumber: http://www.budakbotak.com/2011/03/website-untuk-tengok-tv-percuma.html#ixzz1OBFO1o8a

25 Website Untuk Berblogging Secara Percuma

Bila disebut soal berblog, kebanyakkan blogger2 baru akan memilih sama ada Blogger atau Wordpress sebagai medium utama berblog. Mungkin sebab 2 medium tu mmg popular kat Malaysia, atau saja2 mengikut blogger2 yg lebih lama.



Tapi tahukah korang, terdapat kira2 25 syarikat yg menawarkan khidmat berblogging secara percuma. Ni adalah hasil kajian aku. He3, jom kita tgk kot2 ada yg korang berkenan. Kalo tak berkenan pon, jadikan sebagai ilmu baru utk korang....


Sumber: http://www.budakbotak.com/2011/04/25-website-untuk-berblogging-secara.html#ixzz1OBE7Citn

7 Kisah Orang Yang Bernasib Malang

7. Jason and Jenny Cairns-Lawrence - selalu menghadapi serangan pengganas

- 11 September, World Trade Center, pasangan ini berada di New York pada saat menara kembar WTC jatuh dan hancur. 

- 7 Julai 2005, ketika mereka sedang berada di London, mereka sekali lagi berada di kota dimana serangan bom meletup di stesen kereta api bawah tanah. 

- 2008, akhirnya mereka berpikir untuk tidak melancong ke bandar-bandar besar,dan pergi ke Mumbai, India, dan akhirnya pasangan ini sekali lagi berada di bandar dimana adanya letupan bom dan tembakan yang membunuh ratusan nyawa.



6. Violet Jessop - Hampir tenggelam di kapal persiaran sebanyak tiga kali.

Cerita Violet mula bekerja sebagai krew perawat di Olympic, ‘adik’ kapal Titanic. 20 September 1911, Olympic berlanggar dengan kapal tempur Inggeris, untungnya dia selamat. Violet pindah ke kapal berikutnya: Titanic!. 

Setelah kejadian dari Titanic yg jgk teggelam, Violet mulai 'taubat' dan menjauh dari kapal, mungkin dia sudah trauma akibat dari kapal Titanic, kebetulan kapten kapal Olympic dan Titanic ketika kejadian itu adalah sama iaitu Edward J. Smith. 

Setelah beberapa lama tidak ke laut, akhirnya Violet rindu dan kembali lagi menjadi perawat di kapal Britannic. 1916, kapal tadi melanggar batu karang dan sekali lagi Violet selamat, akhirnya dia merasa laut bermusuhan dengan dia, akhirnya Violet menjauhkan diri dari laut. Pada saat dia meninggal akibat kegagalan jantung pada 1971, mayatnya disemadikan di laut. 



5. Robert Todd Lincoln - mengenali presiden yang mati kena tembak.

Robert ini siapa lagi kalau bukan anak Abrahm Lincoln? Ceritanya bermula dari bapanya sendiri. Pada umur 21 tahun, Abrahm Lincoln terbunuh, kemudian Robert masuk ke dalam dunia politik dan berada di jabatan Menteri Perang dibawah pemerintahan James Garfield. 

1811, 4 bulan setelah Robert diangkat sebagai menteri,  pada saat mereka berdua sedang dalam perjalanan ke New Jersey, Presiden James Garfield telah ditembak. Setelah hampir 20 tahun tidak ada presiden yang dikenalnya mati tertembak, akhirnya dia diundang ke acara presiden McKinley. 

Dia berada di ruangan yang sama dengan presiden McKinley pada saat beliau ditembak! Semenjak saat itu, semua undangan dari Presiden manapun selalu ditolak olehnya. 



4. Ann Hodges - terkena meteor.

Percaya atau tidak dia adalah satu-satunya manusia di dunia yang terkena meteor! Pada 30 November 1954, Ann Hodges tidur pada sianghari di biliknya, dan tanpa diketahuinya, ada meteor yang jatuh dari langit. Batu chondrite ini pecah menjadi tiga bahagian dan salah satunya melukai Ann di pinggangnya.

Malangnya tidak sampai disitu. Angkatan Udara Amerika, terus datang dengan helikopter dan meminta batu tadi tanpa ada budi bicara, kerana marah, akhirnya suami Ann dengan bantuan peguam mengambil kembali batu tersebut, dan akhirnya mereka terpaksa menjual batu tersebut pada harga 5.000 dollar. 

Tapi malangnya pemilik rumah (ternyata keluarga Ann menyewa rumah tersebut), Bertie Guy, meminta wang itu sebagai ganti rugi kerosakan rumah.Kerana tidak tahan terus menerus menjadi rebutan, akhirnya batu tersebut disumbangkan ke Alabama Museum of Natural History, dan ceritanya berakhir disitu!. 



3. Roy Sullivan - disambar petir tujuh kali.

Roy Sullivan adalah penjaga taman nasional di Shenandoah National Park, Virginia. Kejadian pertama adalah pada saat dia berada di menara penjaga pada tahun 1942. Kedua dan selanjutnya adalah pada saat dia memandu meninggalkan taman, pada saat memancing, dan pada saat berada di pos penjagaan.

Kejadian ini lebih pelik lagi kerana sampai petir menyambar pada saat dia berada di dalam bangunan. Serangan ke lima terjadi pada saat Roy sedang menggantung pakaian bersama isterinya, dan serangan keenam dilaporkan semasa Roy merasa ‘awan mengejarnya.’ Tapi bukan petir yang akhirnya mengambil nyawanya. Roy menembak dirinya sendiri pada usia 71 tahun!. 



2. Jeanne Rogers - ditimpa malang dalam banyak hal.

Jeanne Rogers disambar petir dua kali berturut-turut!. Waktu dia berumur 18, Jeanne bercuti dengan kapal pesiaran, Jeanne jatuh ke laut. Temannya berusaha menolong, tapi terjatuh dan akhirnya pengsan. Beberapa tahun kemudian, anaknya yang juga bernama Jeanne berteriak “Mama, ada burung lucu,” dan pada saat itu, seekor kelelawar menyambar kulit kepalanya.

Dia terpaksa membawa kereta sendiri ke hospital kerana kebanyakan penduduk menutup pintu kerana takut.  Selain itu juga beberapa perkara malang terjadi dalam kehidupan Jeanne: dirompak, ditembak, dicekik, jatuh ke dalam lubang dan banyak hal lain lagi!. 



1. Tsutomu Yamaguchi - menghadapi letupan bom atom.

Hanya ada dua bandar yang hancur akibat bom atom, dan Tsutomu ada di dua buah bandar tersebut ketika letupan berlaku. Dia sedang dalam perjalanan untuk menjalankan bisnes di Hiroshima pada tanggal 6 Ogos 1945. Ketika turun dari kereta, bom atom meletup, gendang telinganya pecah dan dia menderita kabur mata untuk sementara.

Setelah berjaya melarikan diri dan tinggal semalaman di tempat perlindungan, akhirnya dia kembali ke kota kelahirannya, Nagasaki. Beberapa hari kemudian Tsutomu berada di pejabat dengan orang atasannya, dan menceritakan berbagai pengalaman mengerikan dengan bom atom, namun ketika dia baru saja selesai cerita, bom atom meletup lagi di Nagasaki. Dia bernasib baik kerana terselamat dan dapat menceritakan semua hal ini.

Sumber: http://www.budakbotak.com/2010/12/7-kisah-orang-yang-bernasib-malang.html#ixzz1OBD8cL5z